simplicity individuality personality

yb of ampang (i also don’t know her and of course she is not a nurse)
dr rozaidah talib

Minggu depan, me kena hantar aDm masuk kolej matrikulasi melaka itu.

Itu hari, me tanya pasal rakan aDm yg lembut-lembut itu. Rakan aDm, me panggil sYd saja dan beliau tinggal sama taman dengan me. aDm dan sYd adalah rakan satu asrama di sekolah teknik pontian itu. aDm bilang sYd cuma dapat 1A dalam spm yg lepas dan dia sudah pun diterima mengikuti kursus jururawat.

Kebetulan hari ini hari jururawat sedunia. Me nak ucap selamat hari jururawat untuk misi2 semua, yg banyak memberi jasa kepada pesakit2 di Malaysia semoga maju jaya dan dapat berkhidmat dgn lebih sabar.

PASCA NOTA: Ramai yg belum tahu me sudah pindah ke blog lain yg lebih lumayan. Oleh itu, sila tinggalkan emel anda atau emel me yg ini:

yginsaf@lycos.com

Alahai.

nice textures, for a lady

nice textures, for a lady

Me masih bercerita di bandar kota tinggi itu. Me cuba cari kedai jual kain yg pernah me selalu kunjungi.

Tapi pemilik kedai lama yg peramah dan muka manis tiada lagi. Yg baru pemilik dari myanmar. Lebih glamor sebab masuk tv3 tempohari. Rancangan 360 gitu.

Cerita lain yg lebih sensasi, me akan sambung entri entri me di blog baru di laman yg itu. Tanpa sebab.

Alahai.

up and down in business

up and down in business

Kelmarin masa dalam perjalanan pulang dari air terjun kota tinggi, me singgah lagi di bandar. Pekena nasi beriani di restoran baser.

Di dalam restoran itu, me lihat banyak gambar-gambar banjir yg berlaku tahun lepas. Kasihan me tengok.

Tapi pelanggan restoran pun masih ramai yg datang. Sampai tak cukup tempat duduk gitu.

Cerita lain, semalam tengahari me terkejar-kejar ke jabatan www.HASIL.org.my jalan duta itu. Sebab me tidak boleh kemas kini e-filing guna komputer di rumah dan warung kafe. Ada masalah nombor pin dan kata kekunci gitu. Dipendekkan cerita, urusan cukai pendapatan me selesai dalam masa setengah jam.

Alahai.

entering the resort

entering the resort

Kelmarin me sampai juga ke air terjun kota tinggi. Memang ramai orang. Terutamanya mamat dan minah kilang dari nepal dan vietnam tentunya.

Me tidak mandi. Me cuma ambil gambar saja macam biasa.

ferris11.gif More pictures on aminus3

lady by waterfall

foreigners by the waterfall

Cerita lain, me cuma nak bagitahu, hari ini (23hb April) adalah Hari Buku Sedunia.

Alahai.

an isotonic drink in a can

an isotonic drink in a can

Sejak pemeriksaan kolesterol kali kedua, me kena kurangkan minum air gas berkarbonat. Tapi 100 plus dibenarkan oleh doktor me itu.

Jadi kadang kadang me minum lebih dua tin air 100 plus di pejabat. Tapi me tidak buang tin itu.

Me kumpul kumpul tin dan bila dah banyak me bagi kakak pantri. Punyalah suka kakak indon itu.

Me tanya juga harga satu tin kalau kakak itu jual.

Kakak indon pantri yg biasanya pot pet pot pet itu jawab malu-malu,

lima hinggit sekilo pak.. tunggu sampei lima bulan baru mendapat..

Sedih me dengar.

Kebetulan, hari ini (22hb April) adalah Hari Bumi.

Alahai.

entering the resort

the city after the natural disaster

Kelmarin me pergi jalan-jalan ke air terjun kota tinggi. Sudah lama juga me tidak ke sana.

Sambil hendak tengok-tengok kedai jual kain. Juga restoran nasi beriani yg mancongkam itu.

Sungguh teruja.

Cerita lain, televisyen dua puluh sembilan inci me yg kena sambar petir tempohari makin uzur. Gambar kekadang ada, suara memang tak ada. Akhirnya me hantar ke kampung untuk ayahnda baiki. Atau jadikan besi buruk saja.

Alahai.

red flower

this is busy week, nothing to report

POS NOTA: Me memang tidak tahu nama bunga diatas. Tapi cek iziana (soot spirit) itu telah menjawabnya. Dengan ikhlas dan tepat. Sejambak bunga jarum-jarum buat cek iziana yg jelita itu (tepuk tepuk). Nama-nama lain seperti pokok pecah periuk, ataupun pokok siantan, (ixora jawa). Bukan ixora sejenis rama-rama ya kawan-kawan. Bukan juga bunga orkid.

earth moving machine

earth moving machine
kampong sungai latoh, kongkong, masai, johor

Dulu di syarikat lama me ada rakan, me panggil yHy. Tapi taklah rapat sangat. Dulu me pakai kereta proton saga saja. Masa itu yHy pun guna saga juga. Bila me tukar wira, yHy pun tukar wira.

Lepas bertahun-tahun, me dah tukar kereta nasional banyak kali pun, yHy tetap setia pakai wira itu juga.

Bila me tukar wira terakhir me, me beli cikcity itu. yHy pun beli honda civic. Tentunya yg lebih besar kuasa kuda dan bodi. Aiman tak kisah.

Bila me beli van buruk toyota unser itu sebagai kereta kedua, yHy pun beli mpv toyota estima yg lagi besar. Sampai dua biji! Bayangkan, tapi aiman masih tak kisah.

Baru minggu lepas me dapat tahu, yHy sudah beli mercedes benz warna hitam. Sama kelas dengan kereta lembu me yg itu. Boleh ke me buat tak kisah lagi? Kalau korang mesti bengang tahap angkasa kan kan? (pinjam lagi ayat azhar ahmad jap)

Mungkin me tukar saja pakai traktor seperti diatas itu. Boleh sondol-sondol gitu.

Alahai.

astro all asia

astro all asia
jaya jusco tebrau city

Semalam amoi dari astro telefon me di pejabat. Amoi tanya kalau me hendak tambah saluran yg sedia ada.

Me bilang tidak hendak. Amoi letak telefon dengan sopan.

Alahai.

a floating production, storage and offloading vessel

a floating production, storage and offloading vessel [+ learn more about fpso ]
a 3D plant design management system (pdms)

Semalam me ada persembahan projek baru itu. Pelantar minyak diatas kapal dilautan dalam. Me sudah siapkan bahan-bahan untuk ditayangkan oleh jurutera dan pereka projek.

Semuanya berjalan seperti dirancang. Pemilik projek dari australia dan pelabur dari jepun pun puas hati. Tapi minta lebih lebih pula. Gambar isometrik dari sudut pemandangan berbeza sepuluh keping. Video animasi laluan burung dan rama-rama pula dalam permohonan.

Cerita lain, aDm baru terima surat penerimaan masuk matrikulasi. Di londang, masjid tanah, melaka bandar bersejarah itu. Aha, lepas ini me akan cerita lebih lebih pasal negeri melaka lah pula. Boleh kan kan.

Alahai.

Next Page »