earlier this year, the Muzium Negara announced that it was going through renovations [+ website ]
Tengahari kelmarin, me pergi Muzium Negara itu. Seorang diri juga.
Bukannya jauh sangat, lebih kurang 15 minit saja jalan kaki dari pejabat me. Perjalanan melimpasi KL Sentral itu. Sudah lebih dua belas tahun me tidak masuk ke muzium itu.
Me masuk ikut pintu depan, tepi lebuhraya itu. Me panjat tangga yang tinggi itu. Me bayar RM2 di kaunter tiket itu. Me tenguk ada rombongan pelajar sekolah. Ada juga orang putih yang datang. Ada dua orang makcik duduk di bangku berbincang masalah peribadi masing-masing. Aiman tak kisah.
Mula-mula me jenguk pameran tingkat bawah, tradisi orang-orang Malaysia berbagai kaum dan budaya. Ada tengkorak tengkolok, ada wayang kulit.
Me naik ke tingkat kedua dewan satu, pameran dari zaman melaka ditawan portugis, kemudian belanda, kemudian british. Tapi hati-hati sebab ada lantai kaca disitu!
Lepas itu me masuk ke dewan dua, pameran dari zaman perang jepun hingga merdeka.
Me balik pejabat semula dalam masa satu jam. Sempat ambil gambar sana sini. Tapi me tidak sempat hendak makan tengahari lah pula.
Alahai.

Thu 25 Oct'07 10:01 pm at 10:01 pm
ada perahu payang juger..
Sat 27 Oct'07 3:03 am at 3:03 am
Yang pastinya, saya tak pernah ke sana….
Sat 27 Oct'07 6:25 am at 6:25 am
#azharahmad,
abis, ko selalu gi ke mana?
Sat 27 Oct'07 5:01 pm at 5:01 pm
saya juga tak pernah.. alahai.. en yginsaf ke sana buat lawatan sambil kerja ke?
Sat 27 Oct'07 5:23 pm at 5:23 pm
#mucs,
me jalan-jalan snap gambar utk blog me yg ini..
kata orang, jauh perjalanan luas pandangan kan kan.. lagipun me selalu kerja outstation, kalo me kena bhijrah tempat lain takut pulak menyosal x gi tempat2 macam gitu.. usia pun makin lanjut..
Sat 27 Oct'07 9:29 pm at 9:29 pm
Owh,ingatkan kenapalah tiba-tiba pergi muzium tu..
Sat 27 Oct'07 9:29 pm at 9:29 pm
dah lama tak pegi muzium..teringin nak pegi tapi hubby tak minat sangat tempat2 gitu..huhu
Sat 27 Oct'07 11:23 pm at 11:23 pm
#ixora,
me pergi muzium pun masa lunch hour, bukannye jauh maner..
#azfaliza,
hubby minat gi shopping kot.. atau tengok f1 grand prix.. atau memancing kot..
Thu 1 Nov'07 1:44 pm at 1:44 pm
lambatnya..tapi nak komen gak.
saya pun baru je melawat muzium negara bulan 3 lepas. masa tu ada pameran sempena tahun baru cina dan pameran barang2 dalam kapal yang karam…macam pinggan mangkuk dll. seronok.
Thu 1 Nov'07 7:22 pm at 7:22 pm
xper aishah,
melawat muzium negara bukan nak enjoy sakan, tujuan utama utk menambah ilmu pengetahuan.. tapi ada update blog ke lepas lawatan tuh?
Fri 9 May'08 12:41 am at 12:41 am
[...] museum [+ previous story ] i see it every day, except [...]