
older model, but the same functions
Pagi-pagi hari jumaat kelmarin, jiran setempat kerja me, zHr bilang sudah beli digital kamera baru. Olympus ยต[mju:] 820. Harga RM999. Tapi dia malu hendak bawa ke pejabat (ehehe).
Dalam jam 10pagi, jiran lat sebelah zHr yg tadi tiba-tiba jumpa me. aZm bilang juga sudah beli digital kamera baru. Olympus FE-280 macam nombor siri model mercedes itu. Harga RM799.
aZm cerita, masa hari minggu lepas dia sekeluarga pergi ke tasik titiwangsa, naik [ eye on malaysia ] itu. Anak bini komplen sebab gambar guna telefon bimbit semuanya tidak mencongkam. Jadi, dia beli digital kamera baru.
aZm (yg me pernah cerita pasal bmw dia) bawa kamera dan tunjuk juga gambar-gambar yang dia ambil. Tapi tidak boleh pindah turun ke komputer me sebab dia terlupa bawa kabel perpindahan itu. Juga, kad memori jenis XD yang lain pula.
Teringat me pada rakan bangsa tionghua, [ tEo ] itu yg baru beli dSLR Olympus juga. Sebenarnya tEo dan [ aJi ] banyak ajar me tentang kamera dSLR ini walaupun kami guna berlainan jenama. Canggih beb!
Alahai.
Fri 28 Dec'07 2:46 pm at 2:46 pm
berlumba2 diaorang beli olympus.. me pun x tahu naper..
Mon 31 Dec'07 9:14 am at 9:14 am
ha ha..itu biasalah….
berkawan dengan orang yang usung kamera…
lama-lama minat tu berjangkit macam virus tau tak..
he he…
Mon 31 Dec'07 6:07 pm at 6:07 pm
Huhuhu, suka Canon dengan Nikon jer wahai En Me
Tue 1 Jan'08 9:20 pm at 9:20 pm
Me, gambar-gambar dalam blog Me ni cantik la. Snap sendiri ya?
Pakai camera SLR? Camera apa ya?
Tue 1 Jan'08 11:19 pm at 11:19 pm
nak beli nikon..tapi tak mampu lagi..pakai je la hp nie..tapi hp pulak masuk air
Wed 9 Jan'08 12:26 pm at 12:26 pm
[...] jiran me [ zHr ] sepejabat ejek kutuk-kutuk me sebab suka makan roti high-5 [...]