(insert dymo)

singapore tv also shows the advertisement

Dulu me beli pembuat huruf-huruf ‘dymo‘ itu untuk tanda buku-buku, album dan periuk belanga me. Yg pakai tekan-tekan, sebiji sebiji barulah keluar huruf. Tapi bila tampal di mana-mana, kadang-kadang penanda plastik itu tidak melekat pula. Bangang.

Dua hari lepas, me beli ‘dymo‘ yg lebih canggih di tesco. Macam telefon bimbit. Kita taip dulu, keluar teks di skrin itu. Kalau sudah setuju, kita boleh cetak. Boleh lekat di tempat sepatutnya dengan jaya. Memang puas hati.

Harga? Korang mesti tanya. Mestilah yg baru (RM99.90) yg lebih canggih lebih mahal berbanding yg lama (RM19.50). Dan kartrij benda ala itu pun boleh tahan mahal. Dan benda ala itu pakai bateri saiz AA beb.

Cerita lain, semalam me tengok starmovie - ‘akeela and the bee‘. Memang menarik dan penuh emosi.

Berat me masih kekal 66 kilogram. Begitu juga dengan tahap kolesterol me, masih kekal berlipat ganda dari yg sepatutnya seperti enam bulan lepas juga.

Alahai.