(insert rumah bayu)

for sale by owner, still

Cerita pasal rumah sewa me depan pasaraya tesco itu. Bukan rumah sewa flat murah di bandar K itu. Bukan juga rumah sewa di kampung me itu.

Me memang hendak jual rumah itu. Penyewa itu dulu kata setuju hendak membelinya.

Kini sudah lebih setahun penyewa tinggal disitu. Urusan pembelian masih berkecamuk. Bila me tanya, penyewa bilang pihak syarikat suami dia sedang uruskan. Sebenarnya suami penyewa itu pemandu lori saja, tapi aiman tak kisah.

Semalam baru dapat sewa bulan lepas. Sudah tiga minggu tertunggak, bukan pertama kali.

Cerita lain, penyewa rumah flat murah me pula baru sms kata hendak keluar hujung bulan ini. Rasanya belum setahun penyewa rumah itu tinggal disitu.

Alahai.