movies


astro all asia

astro all asia
jaya jusco tebrau city

Semalam amoi dari astro telefon me di pejabat. Amoi tanya kalau me hendak tambah saluran yg sedia ada.

Me bilang tidak hendak. Amoi letak telefon dengan sopan.

Alahai.

(insert pantai balok)

siesta or noon nap inside the car with open windows is also part of activities
pantai balok, gebeng, kuantan

Minggu lepas me nonton HBO cerita ‘Blood Diamonds’ itu. Hero dia, Leonardo de Caprio. Cerita perang saudara di Sierra Leone. Me rasa memang realistik dan menarik juga.

Tapi mQ komen pula,

x best sebab hero dia mati kat akhir cite..

Me juga ada beli DVD aram*jadah cerita ‘Jumper’. Me dah tonton guna laptop apple me yg itu. Good but not great, me punya pandanganlah.

Me agak mesti ada sambungan jadi Jumper 2 dan Jumper 3. Macam trilogi ‘Matrix’ gitu.

Alahai.

Current music: Maria Juhandi “Bintang Kehidupanku”

(insert lion dance at plaza sentral)

i was prepared for this (unrelated story)
lion dance inside my office building yesterday afternoon [+ bigger crowd ]

Sabtu lepas me nonton wayang cj7 itu.

Macam-macam ada. Suka duka. Sedih gembira. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Babak tak logik pun ada. Babak ‘binatang asing’ yg menghidupkan kembali bapa vicky lakonan stephen chow yg mati itu.

Dan bila me perhatikan budak vicky itu memang lawa. Dari mula me ingat tak sepatutnya budak selawa itu berlakon jadi anak orang miskin. Tapi me fikir juga, takkan anak orang miskin hodoh-hodoh belaka. Cuma make-up itu yg tidak elok agaknya.

Tapi bila me terbaca ulasan wayang tersebut. Baru me perasan pelakon budak lelaki vicky itu sebenarnya adalah seorang budak perempuan. Patutpun lawa.

Satu lagi, bila babak stephen chow yg miskin itu bekerja di bangunan tinggi sebagai pekerja bangunan. Teringat me dulu-dulu masa me tiap-tiap cuti sekolah ikut kanda me kerja di pulau temasik. Kerja kuli binaan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah me. Memang sedih insaf beb!

Alahai.

(insert the star)

want to join my company? (unrelated entry)

Rakan me suka tengok drama tv korea. Atau drama jepun.

Tapi kelmarin sLm tengok drama melayu. Jelatang namanya. Me tak tengok pula. Me sudah lama tidak tengok drama tv.

Tapi jelatang itu apa maksudnya?

tanya sLm.

Kalau jelapang me tahu lah. Macam jelapang padi itu.

Bila me periksa kat kamus, maksudnya sejenis tumbuhan liar yg bisa daunnya.

Tapi yg paling menarik, me terjumpa forum dlm internet berkenaan drama jelatang itu >> CLICK !!! Korang pasti terperanjat kerana ada dialog dalam drama itu menyerupai ayat-ayat dalam kitab injil aka Bible yg itu.

Cerita lain, penyewa flat rumah murah me telefon. Suruh me datang hari jumaat ini. Me kena serahkan duit deposit kembali.

Semalam me tetiba didatangi bekas pelatih jurutera di syarikat me yg lama. 15 tahun dahulu. Masa me berkaca mata besar dan berambut lebat. aSh sekarang bertugas di jabatan proses.

Alahai.

tengahari tadi, me sekeluarga pergi tengok movie Rush Hour 3 itu. Memang best giler, sampai aBo pun gelak2..

Malam tadi lepas ambik aQi dari mengaji, kami sekeluarga gi tengok Harry Potter.

Me sebenarnya nak tengok Die Hard 4.0, tapi kesian kat mQ nak sangat tengok Harry Potter itu.

Punyelah boring cerita sampai aQi tertidor dalam panggung. Berdengkur lagi…


aQi kat depan poster, tunggu Transformer The Movie kul 9.50malam.


Me dan yaasir berumur 3 bulan setengah.

movie shrek

Baru balik dari Tebrau City, tengok Shrek the Third. Banyak adegan kelakar, very comical. tp cerita tak best mcm shrek 1 and 2 itu. sbb dah tahu ending dia.

(insert sushi king)

Tadi malam me pergi Tebrau City, makan malam kat Sushi King sebelum tengok wayang ‘Ghost Rider’, lakonan Nicholas Cage.

 (insert motor polis)

Petang tadi, me pergi Ampang Park kejap, beli deodorant, shampoo rambut, spray lubricant dan plastic cover.

Masa dalam perjalanan balik ke pejabat, terserempak crew tengah shooting drama depan Bistro. Ternampaklah jugak pelakon A Galak (Gerak Khas) tuh tengah mengisap rokok, tension kot.