photography


(insert stones)

showing the texture in a photo always brings more realism and art to it
pantai lido, johor bahru

Kelmarin me tertonton rancangan tv3 malaysia hari ini - m-h-i. Hai hai hai. Ada berita pasal photoshop express online. Tidak perlu beli perisian. Muat turun di internet secara percuma.

Me bukan pakar photoshop yg popular itu. Me kemaskini blog pun guna perisian yg semberono saja. Hendak sebut disini pun me malu rasanya.

Lagipun me bukanlah jurugambar profesional. Janganlah bandingkan gambar yg me ambil dgn jurufoto lain yg fewwitt itu. Spt bumi dgn langit gitu.

Cerita lain, vendor hiasan dalaman sudah memulakan perubahan dan kerja-kerja dalam rumah. Pekerja-pekerja mamat cina sibuk tebuk sana tebuk sini. Hiburan lagu cina dari corong minikompo yg dibawa berdentum dentam dalam rumah. Habuk dinding bertaburan dimana-mana.

Alahai.

(insert racing bike)

racing kids bike is popular now

Minggu lepas me pergi ke konvokesyen di Universiti Teknologi Malaysia itu.

Sebenarnya tiada kaum kerabat me yg terima ijazah. Me sengaja pergi melihat pesta konvo. Boleh kan.

Me sampai tengahari. Ramai orang di tasik memancing. Ada peraduan rupanya. Tapi me terus ke pesta konvo juga.

Di pesta konvo, me pusing-pusing saja. Ada pameran dan ada jualan juga. Tengok budak-budak berlumba motor kecil di litar itu. Ada dua kumpulan kereta berhias. Tapi yg paling menarik ada kancil hijau yg penuh dgn deretan piala dan anugerah.

Dalam perjalanan keluar kampus, ingatkan me hendak singgah sambil tengok orang memancing. Tapi peraduan baru saja tamat.

Alahai.

(insert university convocation)

setting the tone for the new academic year, and highlighting the appeal of intellectual activity

(insert siput sedut)

satisfaction guaranteed, even with graffiti
puduraya bus station

Kelmarin me pergi cuci gambar perjalanan ke pulau mutiara itu. Di kedai foto kl sentral.

kurang 100 keping = 50 sen
lebih 100 keping = 40 sen
lebih 200 keping = 35 sen

kata awek cun sambil tolong kira, pakai kalkulator. Ada seratus sembilan puluh lima keping. Awek suruh lebihkan dua ratus keping. Me akur.

Tengahari sudah siap. Masa ambil gambar, awek berseloroh,

naper banyak2 xde pun gambar en_me?

Me cakap, me tidak penting.

Mamat kedai foto pun sibuk tanya jenis kamera yg me pakai. Katanya,

en_me pakai kamera apa? cantik sungguh gambar..

Kalaulah mamat kedai foto itu baca blog me yg ini. Mesti mamat dan awek sudah tahu.

Alahai.

(insert nyonya)

zaifri husin (tuan) and juhara ayob (nyonya)

Me gagahkan diri nonton panggung teater Nyonya di istana budaya. Malam kelmarin.

Arahan rosminah mohd tahir. Skrip oleh wisran hadi, patutpun guna bahasa melayu yg di indon kan.

Keseluruhan menghiburkan juga. Banyak jeritan ‘ekor-nya’ dan ‘pokok-nya’ dari pelakon utama, juhara ayob. Tiada klimaks. Akhiran yg hiruk pikuk. Aha!

Tetamu hormat yg hadir, datuk bandar kuala lumpur dan isteri (datin seri nooriah ana ab razak) sebagai penaung. Seniwati veteran, latifah omar dan mariani.

di akhirat nanti, malaikat akan tanya 2 soalan: sudahkah ko joy? dan joy apakah yg ko berikan pada mereka?

kata seniwati gering, azean irdawaty yg hadir, duduk bangku betul-betul depan me. Azean terima anugerah dan derma dari tabung PPMW itu. [+ bernama ]

Banyak gambar yg me ambil malam itu. Lima hatus dua puluh keping beb. Kematu jemari me.

Alahai.

(insert the casts)

top from left: melissa saila, khatijah tan, zaifri husin, rosminah mohd tahir, juhara ayob, tania zainal, yani mae;
bottom: azean is giving her touching speech and me at her back

(insert budi malaysia)

the introduction is colorful [+ bigger uncropped image ]

Hari-hari me limpas istana budaya.

Memang sudah lama me hendak nonton panggung bangsawan disitu.

Kelmarin malam me singgah, tertarik dengan teater nyonya. Masa me beli tiket malam tu, ada persembahan konsert barisan budi malaysia pelbagai kaum. Masuk percuma.

Me join sama. Tapi me tak leh lama.

Alahai.

(insert canon eos)

For those who want to know the prices

Ramai yg tanya pasal kamera canon eos 40d yg me pakai itu.

Tapi tiada siapa pun tanya jenis kereta lembu yg me pakai.

Alahai.

(insert thaipusam at batu caves)

expects no trouble [+ inside the cave ]

Hari ini hari thaipusam ( தைபூசம்). Cuti umum di kuala lumpur.

Malam tadi me pergi ke batu caves. Ramai banget orang disana. Me ambil gambar di luar gerbang kuil itu sahaja.

Tengahari tadi me bergegas ke sana lagi. Dari luar gerbang me masuk ke dalam gerbang. Dari dalam gerbang me panjat 272 anak tangga itu. (Me tidak kira wehh!)

Sampai [ dalam gua ], me patah balik. Me turun 272 anak tangga itu lagi.

Selama ini me tengok saja di buku-buku teks sekolah, di suratkhabar dan tv3. Kalau me naik skuter ikut lebuhraya mrr2 itu, me akan jeling-jeling saja.

Hari ini pertama kali me pergi tengok sendiri. Me panjat dengan kaki me sendiri.

Dalam perjalanan pulang, me dapat minum percuma air susu lembu yg masam (yogurt) itu.

ferris11.gifMore pictures on Flickr.

Alahai.

(insert mr ah fa)

to mister ahmad faisal and wife..

Ini entri me yg ketiga hari ini.

Alhamdulillah, me sampai juga ke renggam itu. Tengahari baru tadi. Pengantin lelaki masih berkain pelekat.

Me tumpang bergumbira. Walaupun tak segumbira mr ah fa dan isteri cantik yang amat sangat weh!!!! Feeeewww Wittt!!!

Semoga kekal ke anak cucu dan akhir hayat. Dan selamat menjadi orang johor yg mulia.

Dan gambar-gambar lain akan dipampang oleh yg berkenaan a.k.a. jurugambar profesyenal iteww.. Tunggu..

Alahai.

(inset bangau)

No matter how high a crane flies, it will fall into the pit eventually.

Taman Burung Kuala Lumpur di tasik perdana. Berhadapan taman orkid aka taman anggerik yg me sudah pergi bulan lepas. Memang besar.

Tengahari kelmarin me pergi ke sana dengan aJi itu. Tapi sebab masa suntuk banget, kami cuma sempat tangkap gambar burung bangau-bangau saja.

Me sebenarnya tidak pasti, burung bangau dlm bahasa inggeris itu ‘flamingo’ ke ‘crane’ ke?
Yg me tahu ’swan’ untuk angsa.. tapi ‘goose’ pun untuk angsa juga kan..

Cerita lain, me dapat jemputan kahwin di simpang renggam iteww.

Alahai.

(insert old video camera)

too many memories to be recorded

Dulu me memang minat guna kamera video. Itupun lama juga me bajet baru boleh beli - sony [ DCR-TRV120E ]. Macam juga me bajet masa nak beli camera canon eos me yg itu.

Yg me terdesak beli ialah sewaktu me masuk pertandingan [ kuiz televisyen ] itu. Bukan setakat hendak rakam kemasukan me itu, tapi merekod kemenangan itulah yg amat lumayan.

Memang sejak itu me tidak terlepas peluang rakam gambar video bila me jalan-jalan. Seluruh malaysia me dah rakam. [+ travel ]

Tapi memang leceh hendak simpan rakaman itu. Me banyak guna masa berjam-jam setiap hujung minggu untuk edit dan simpan dalam cd. Lagipun bukan semua orang hendak tonton video dalam vcd atau dvd yg me buat itu. Gambar pun tidak berapa jelas. Bila me tengok baru-baru ini, banyak vcd me yg berkulat dan tumbuh cendawan.

Sampailah suatu ketika tahun lepas bila kamera video me itu buat hal. Me pun malas nak perbaiki dan tiada minat guna kamera video lagi.

Sekarang me minat benda lain yg sempoi tapi lebih mencongkam!

Alahai.

Next Page »